Wednesday, 3 October 2012

Hati Yang Dilukai


Ya Allah…
Hati hamba Mu telah dilukai sekali lagi…
Walau pun telah berkali-kali Kau memberi pengalaman dalam hidup ku..
Aku masih melakukan kesilapan yang sama..
Kesilapan yang sentiasa hamba Mu lakukan…iaitu terlalu mengagungkan cinta yang sementara..
Sesungguhnya..aku akui…Cinta Mu yang paling Agung…
Hati wanita yang mana tidak suka apabila datang seorang hamba Allah dan menyatakan ingin berkahwin dengan nya..
Saat yang ditunggu-tunggu oleh wanita yang berada di luar sana…
Tetapi..kata-kata itu hanya permainan bagi hamba Allah yang mudah melafazkan pada mana-mana wanita di dunia ini…
Ya Allah..
Sesungguhnya…sangat menyakitkan kalau hati dilukai…
Tetapi..aku bersyukur pada Mu..kerana mengurniakan keluarga yang sentiasa menyokong diri ku ini…dan juga kawan-kawan yang sentiasa mengambil berat tentang hamba Mu ini..
Bersyukur..kerana...aku kuat untuk menerima ujian ini..walaupun..kadang-kadang..hati ini masih tidak dapat untuk melupakan peristiwa yang terjadi..
Ya Allah…
Alhamdulillah…aku masih menjaga batas-batas pergaulan..sekali gus…hubungan yang terputus ini..tidaklah merugikan diri sendiri..hanya hati terluka…
Hati yang terluka…tapi..apabila menerima ujian Mu dengan hati terbuka…menerima Qada dan Qadar dariMu..hati ini mampu kembali tersenyum…
Alhamdulillah…aku masih berpeluang untuk mengecapi kegembiraan bersama keluarga tercinta..dan sudah semestinya..mereka yang mencintai diri ku ini sepenuh hati..Selepas dari Cinta Mu dan Nabi ku….
Engkau telah menentukan apa yang terbaik untuk hambaMU ini…aku percaya padaMu Ya Allah..aku tidak mahu sombong dengan Mu..aku akan terus meminta dari Mu Ya Allah…
Allahu Rabbi…I Love Allah…I Love Nabi Muhammad s.a.w…..