Wednesday, 3 October 2012

Hati Yang Dilukai


Ya Allah…
Hati hamba Mu telah dilukai sekali lagi…
Walau pun telah berkali-kali Kau memberi pengalaman dalam hidup ku..
Aku masih melakukan kesilapan yang sama..
Kesilapan yang sentiasa hamba Mu lakukan…iaitu terlalu mengagungkan cinta yang sementara..
Sesungguhnya..aku akui…Cinta Mu yang paling Agung…
Hati wanita yang mana tidak suka apabila datang seorang hamba Allah dan menyatakan ingin berkahwin dengan nya..
Saat yang ditunggu-tunggu oleh wanita yang berada di luar sana…
Tetapi..kata-kata itu hanya permainan bagi hamba Allah yang mudah melafazkan pada mana-mana wanita di dunia ini…
Ya Allah..
Sesungguhnya…sangat menyakitkan kalau hati dilukai…
Tetapi..aku bersyukur pada Mu..kerana mengurniakan keluarga yang sentiasa menyokong diri ku ini…dan juga kawan-kawan yang sentiasa mengambil berat tentang hamba Mu ini..
Bersyukur..kerana...aku kuat untuk menerima ujian ini..walaupun..kadang-kadang..hati ini masih tidak dapat untuk melupakan peristiwa yang terjadi..
Ya Allah…
Alhamdulillah…aku masih menjaga batas-batas pergaulan..sekali gus…hubungan yang terputus ini..tidaklah merugikan diri sendiri..hanya hati terluka…
Hati yang terluka…tapi..apabila menerima ujian Mu dengan hati terbuka…menerima Qada dan Qadar dariMu..hati ini mampu kembali tersenyum…
Alhamdulillah…aku masih berpeluang untuk mengecapi kegembiraan bersama keluarga tercinta..dan sudah semestinya..mereka yang mencintai diri ku ini sepenuh hati..Selepas dari Cinta Mu dan Nabi ku….
Engkau telah menentukan apa yang terbaik untuk hambaMU ini…aku percaya padaMu Ya Allah..aku tidak mahu sombong dengan Mu..aku akan terus meminta dari Mu Ya Allah…
Allahu Rabbi…I Love Allah…I Love Nabi Muhammad s.a.w…..

Wednesday, 5 September 2012

Cita-Cita Ku ingin menjadi Isteri Solehah

Assalamualaikum..

Lamanye rasa x buka blog nie…erm…kebetulan rajin lak..huhuhu..
Topik kali nie…Cita-cita Ros Natsuhi yang tersangat lah tinggi..

Tiba-tiba rasa diri nie dah semakin berusia..semakin hampir dengan Pencipta…bukan semakin panjang umur..Kerana bukan jodoh sahaja adalah rahsia Allah..mati juga Rahsia dari Allah…dalam masa 1 saat pun ajal boleh menjemput kita kalau itu yang sudah ditakdirkan oleh Allah s.w.t..kita hamba dia..kena terima qada dan qadar..=)..

Erm..mengenai Cita-cita yang dinyatakan..hihihi..berkenaan dengan JODOH..
Iye!!..sudah semestinya..jodoh itu juga rahsia Allah…
Tapi..kadang2 kena usaha juga untuk dapatkan nya…=)..
Alhamdulillah…bila cakap pasal jodoh nie kan..rasa diri ni...x sabar sgt nak berumah tangga…

Risau dengan usia yg semakin meningkat nie..hihihi..
Tapi itu la…sama ada cepat atau lambat..hanya mampu berdoa dengan Allah…=)
Tak sabar sangat nak jadi Isteri yang solehah…
Tak sabar sangat nak jadi Isteri yang dipandang tinggi oleh suami nya..
Tak sabar sangat untuk jadi Isteri yang dihormati suaminya…
Biar lah dari pandangan orang lain…kita ini hanya lah wanita yang kolot…
Biarlah diri ini dianggap lapuk ketinggalan zaman…
Janji Allah..ditepati...bagi mereka yang menjadi Isteri yang Solehah..

Iyer…cita-citaku..adalah untuk ke syurga…sangat lah tinggi kan..
Syurga itu indah…
Nama  “syurga” ini sahaja sudah cukup mengambarkan betapa besar nya nikmat yang akan dikurnia kan oleh Allah s.w.t bagi mereka menjadi isteri yang solehah…
Saya perlukan seorang hamba Allah..yang boleh membimbing saya ke jalanNya..

“I need someone, who can guide me until Jannah”

InsyaAllah….semoga Allah permudahkan hasratku ini…
Akan ku jaga diri ini sebaiknya…sebagai seorang wanita…
Kerana..Allah telah nyatakan..sesiapa yang baik,jodohnya akan bertemu dengan yang baik…InsyaAllah..
Ustaz don dengan Ustaz Azhar pun ada beritahu dalam ceramah diaorang..hihihi..
Seronok memikirkan hubungan yang di jalinkan itu halal..kerana..semuanya indah..
Dan yang pasti..semuanya halal…

“ Ya Allah, sesungguhnya..aku ini..hamba mu yang jahil,,.yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan..dan sentiasa akan melakukan kesilapan…sekiranya diri ini di temukan dengan mereka yang taat padaMu..aku bersyukur Ya Allah…temukan lah aku dengan hamba Mu  yang mencintai aku dengan jalan yang diredhai oleh Mu…temukan lah aku dengan hamba Mu yang sentiasa mencintai Mu dan mengingati Mu…agar dia dapat membimbing aku untuk menuju ke Syurga MU”..Amin…

Alhamdulillah….Subhanallah….Allahuakbar….


Friday, 3 February 2012

(AYAH) Di Pondok Kecil

...Assalamualaikum..
Erm...arini nak cakap pasal ayah...
...Ayah/Abi/Abah...
Masing-masing mempunyai panggilan sendiri untuk bapa mereka..
tapi Rose panggil ayah...=)..
Zaman sekarang..kalau buat lagu pasal ayah..mesti pelik je kan bunyinye...
kalau lagu cinta..mesti tak pelik...=p..
Erm...lagu nie...Rose suka sangat dengar..satu hari dengar lagu nie pun tak pe..huuhuhu..
aman...tenang je...dengan muzik dan suara penyanyi dia yang sedap...hiihi
Lagu nie kalau tak silap Rose..mengisahkan seorang ayah yang meninggalkan pesanan kepada abang untuk adiknya..sebelum ayah pergi meninggalkan dunia ini..
untuk mengadap Yang Maha Esa..
Sedih je bila dengar...bila dengar lagu nie....teringat lak ayah kat kampung...
..Ayah..
erm...ayah dalam keluarga..memainkan peranan yang penting..
Ayah lah yang membentuk sesebuah kelurga itu...
Ayah la pelindung..ayah la hero keluarga kita...
Masa zaman kami masih kanak-kanak...
Ayah juga la yang sibuk mencari rezeki untuk bagi kami makan..
sampai tiada masa tuk diri sendiri...mesti susah ayah masa tue...
mesti penat sangat-sangat..tapi..demi anak-anak..tiada erti susah untuk anak-anak..
Alhamdulillah...Rose mempunyai seorang ayah yang tak mengenal erti penat demi anak-anak nya..
...Ayah...
kalau dilihat secara luaran..ayah tak menunjukkan minat langsung untuk mengetahui pasal anak-anak mereka..
apa yang anak mereka lakukan,sihat ke tak anak-anak mereka..itu la ayah..tapi...dalam hati..hanya Allah sahaja yang tahu perasaan seorang ayah itu,..
Masa Ros kanak-kanak..ayah seorang yang sangat garang..nak buat itu tak boleh...nak buat ini tak boleh..
kadang-kadang menangis sorang-sorang..mula la fikir yang ayah tak sayang kita..
tapi bila dah besar..baru la dapat tahu..kenapa ayah tak bagi..demi keselamatan juga...contohnya nak mandi hujan...huhuuhu..seronok dapat tengok kawan-kawan men hujan..
tapi..ayah tak bagi..sebab takut demam...bukan apa..kita zaman kanak-kanak..tak pikir apa...tahu nak seronok je..bila sakit..mula la...buat ayah dan mak risau je...ayah tak nak kita sakit...tapi tue la...masa kecik...fikiran tak matang lagi..hohohoho..
..Ayah..bila sakit..buat-buat tak sakit depan anak-anak...nampak sihat je bila anak-anak balik rumah..
tapi..bila anak-anak dah balik untuk bekerja...mak je yang tahu ayah tanggung sakit macam mana...
Ayah...ayah...kuat sungguh kamu...
Bila melihat senyuman ayah...rasa nak menagis je...Ayah,,..
Ayah..akak...sayang ayah....Akak tak nak ayah merasa susah...
walaupun akak dah mula bekerja...akak masih tak dapat beri kebahagian kepada ayah...seperti ayah berikan kepada kami adik beradik..
Ayah....
tak dapat aku bayangkan jika kau pergi meninggalkan kami..
melihat kau kesakitan sikit sahaja...kami dah mula tak tenang....
tapi...kami tak dapat menghalang jika Maha Pencipta menjemput mu untuk berjumpa denganNya terlebih dahulu...
Ya Allah..panjangkan lah usia ayah dan ibuku...agar kami dapat membuat kebaikan kepada mereka setelah apa yang mereka berikan kepada kami semasa membesarkan kami..
terima kasih Ya Allah..kerana telah mengurniakan seorang ayah yang begitu baik untuk kami,,,kami bersyukur kepada Mu Ya Allah...

Thursday, 2 February 2012

Siapa Pelakon???

As Salam
erm..dah lama tak buka blog nie...seronok baca entry2 dari blog kawan-kawan..=)
Hari nie keje tak ada sgt,..bosan...
Sempat jugak layan korea 2 episod dari the Snow Queen..
Sedih bangat...erm..
Bestnye la kalau hidup nie macam citer korea...Ending semuanye bahagia...huhuhu..
Tapi..tue hanya sekadar hiburan di dunia,..realitinya..
Hanya Dia je yang tahu..Hidup kerana Dia..
Dia yang satu..Aku bersyukur seadanya...dan kita la pelakon yang sebenar kat dunia nie..
Pelakon yang memegang watak utama dalam menentukan haluan masing2..
Salah memilih jalan...habislah kehidupan kita...
tapi..jika tersedar akan jalan yang kita pilih tue salah..
kita masih diberi peluang untuk memilih jalan yang betul..
Pintu taubat akan sentiasa terbuka untuk hamba Nya sebelum hari kiamat..
Hidup dengan tujuan untuk mencari Cintanya...pasti akan membahagiakan hati kita..bahkan..lebih bahagia dari segala-galanya jika di Syurga nanti..
Aku..ingin mencari cintaNya..cinta yang sudah pasti akan kekal selamanya..
Ya Allah..
dekatkan lah hati hambaMu ini dengan Mu..
Agar hati ini sentiasa mengingatiMu sepanjang masa.
Menjadi Hamba yang Taat kepada Mu dan Rasul.
..Amin Ya Rabbal Alamin..

Saturday, 19 November 2011

Resepi Cinta Ibnu Athaillah

Alhamdulillah..
dalam kebosanan..artikel dalam web http://www.iluvislam.com ...memang boleh hilang bosan..
sambil-sambil...boleh menambah ilmu dalam kehidupan seharian..terutama pengetahuan dalam islam..
Alhamdulillah..
diri ini masih belum merasa bosan dalam mencari ilmu yang menuju ke jalan Nya..
Mari la kita sama-sama ye...=)



Cuaca tika senja ini sungguh indah, sekawan burung riang berterbangan di layar angkasa. Agaknya baru pulang dari mencari rezeki, desis hatiku. Mentari pula mula menyorokkan diri bagi memberikan peluang sinar sang rembulan menjelma...
"Subhanallah banyak sungguh nikmat-Mu. Namun, mengapa manusia masih mendustakan?"
Selang beberapa minit, seruan azan mula berkumandang, sayup-sayup di ruang angkasa menandakan waktu maghrib sudah tiba. Tanpa berlengah ku bawa diriku menghadap Pencipta yang esa. Seusainya solat, ada tazkirah yang disampaikan oleh pak imam. Hatiku berbunga.Sudah lama aku tidak mendengar tazkirah sebegini.Tika itu memoriku mengimbau kenangan indah bersama-sama rakan seperjuangan di alma mater. Rindu sungguh!!! Tajuk yang ingin disampaikan hari ini sungguh menarik, terutamanya kepada golongan remaja seperti aku.Tajuknya, 'Resepi Cinta Ibnu Athaillah'. Ayuh kita selaminya bersama...
Sidang hadirin sekalian, Ibnu Athaillah pernah mengungkapkan dalam kitabnya bahawa tidak ada yang dapat mengusir syahwat atau kesenangan dunia selain rasa takut kita kepada Allah sehinggakan mampu  menggetarkan jiwa atau rasa rindu kita kepada Allah yang boleh membuatkan hati kita merana. Ingatlah, kita tidak dapat mengelakkan diri dari disapa hembusan hangatnya cinta. Namun sedarlah kembali, apakah tujuan dan matlamat penciptaan diri kita ini, iaitu semata-mata untuk beribadah kepada Allah. Sedarlah wahai pemuda, bahawa cinta pada perempuan yang bukan isteri kita adalah syahwat dan cinta kepada seorang lelaki yang bukan suami kita juga adalah syahwat. Sebaiknya kita keluarkannya daripada hati kita secepat yang mungkin. Usah dibiarkan ia terus mengotori sekeping hati kita. Hati adalah raja yang mentadbir diri kita. Jika baik hati itu, maka baiklah diri kita. Namun jika buruk hati itu, maka buruklah diri kita. Sesungguhnya perasaan itu sukar untuk kita keluarkan atau usir dari dalam diri kita melainkan kita memiliki dua perkara iaitu:-
Pertama: Rasa cinta kita kepada Allah yang luar biasa. Rasa cinta yang menggetarkan dinding hati. Sehingga di hati kita hanya timbul kecintaan mendalam kepada Allah. Cinta kepada yang selain dari-Nya akan lenyap dan terusir dengan sendirinya seperti hembusan angin meniup pepasir di padang tandus.
Kedua: Rasa kerinduan kita kepada Allah yang maha dahsyat, sehingga membuatkan diri kita terpenjara merana. Andai kita berasa merana kerana rindu kita kepada Allah, maka kita tidak mungkin merana kerana cinta kita pada yang lain. Andai fikiran kita sudah sibuk memikirkan Allah maka tiada masanya lagi otak kita ligat berfikir mengenai yang lain.
Wah sungguh menarik kata imam tersebut.Terkesan sungguh sehingga mencecah lubuk dasar hatiku. Sekarang baru ku sedar, bahawa cinta kepada manusia bukanlah seindah yang disangka kerana mungkin akan membawa kepada perpisahan tetapi cinta kepada Allah sudah semestinya kekal abadi. Begitulah tazkirah yang ringkas tetapi meninggalkan sisa positif dalam hatiku. Ingatkan tukang masak saja ada resepi yang hebat rupanya pemikir islam dahulu lebih hebat dan hangat resepinya. Begitulah resepi cinta Ibnu Athaillah, seorang ahli sufi...

Bukan Semudah ABC


Dalam melangkah, terkadang terasa lemah kaki yang diatur. Terasa letih tubuh yang menanggung. Namun, langkah harus diteruskan demi sebuah perjuangan. Ya, kerana agama dan redha Allah, hati dan kaki ini terus jalan seiring menyusuri denai dakwah. Entah kan bila harus terus berjalan. Yang pastinya perjuangan ini tidak akan dan tidak pernah selesai. Selagi nyawa dipinjamkan, selagi itulah tugas dakwah ini terpikul kemas di bahu seorang yang bergelar muslim.
"Aku bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"
Kalimah yang biasa dilontarkan sama ada orang yg melafazkannya memahaminya atau tidak. Setiap kali solat, inilah bai'ah kita kepada Allah. Namun, sejauh mana bai'ah ini membuatkan kita benar-benar teguh berusaha untuk mengotakannya. Syahadatain bukan sekadar tunggu untuk dilafaz, tetapi untuk diterjemahkan dalam amalan kita. Ya, apakah kita mengekspresikannya melalui tindak tanduk kita seharian? Tepuk dada sendiri, tanya iman di hati.
Keluhan dan rungutan dalam melakukan kerja-kerja Islam tidak seharusnya terpacul dari mulut kita. Sepatutnya kita malu untuk berkira setelah segala nikmat Allah limpah ruahkan kepada kita tanpa meminta kita membayarnya walau sebesar zarah sekalipun.
Tanyakan pada diri, "letihkah kau bekerja dalam islam? Bosankah kau untuk berjuang?"
Ya, setiap apa yg kita lakukan sama ada kecil atau besar perlukan kesabaran. Kerana jika tanpa sabar dalam memenuhinya, datanglah rasa jemu memagut hati supaya meninggalkan kerja-kerja untuk islam ini. Bukankah Allah sudah awal-awal lagi menitipkan kepada kita melalui pesan Luqman kepada anaknya dalam surah Luqman:ayat 17
Maksudnya: "wahai anakku, laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting."
Apabila memerlukan kesabaran, tentulah perkara itu sukar dan akan menghadapi cabaran. Tiada perjuangan yang manis dari awal hingga akhir. Tiada pengorbanan yang dirasakan ringan. Kerana perjuangan itu bukan semudah ABC. Jika disusuri sirah di mana jalan dakwah yang baginda lalui juga bukanlah ditaburi dengan bunga-bunga kesenangan.
Tetapi baginda setiap hari ditohmah dan dihina  kaum Quraisy yang menentang wasilah agama yang dibawa oleh baginda. Bayangkan seorang nabi dilempar dengan najis. Namun, baginda tetap sabar dan tidak marah kerana diperlakukan demikian. Untuk tawar hati dengan mad'u, jauh sekali.
Tapi kita hari ini tidak pernah dijentik sekalipun dalam berdakwah, tapi sudah berputus asa. Apalah sangat dugaan kita berbanding Rasulullah, kekasih Allah. Sebaliknya kita mencontohi Rasulullah akan keperibadian baginda yang mulia. Itulah cabaran pejuang.
Apabila kita sudah tahu perjuangan itu sukar, persiapkanlah diri. Ibadah. Thaqafah. Dan yang lain-lainnya juga. Biar kita payah, asalkan perjuangan terus didakap kemas. Kerana perjuangan itu bukan semudah ABC, lalu menjadi kewajipan untuk kita bersiap sedia dari segenap segi. Ayuh kita buru syahid di jalan Allah. Bukannya melarikan diri kerana gentar dan lebih rela digelar pengecut. Ayuh. Kembalikan kegemilangan islam. Allahu Akhbar!
Assalamualaikum...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Saat dan ketika ini, diri benar-benar sedang diuji tentang makna sebenar ketabahan dan kesabaran.. Berdepan dengan keadaan dan realiti sebenar , yang hakikatnya amat pahit untuk dilalui.. Benar datangnya dari hati, aku sebenarnya amat takut jika kehilangan orang-orang yang amat aku sayang.. Daku mohon kekuatan dariMu Ya Allah agar aku bisa menempuhi ujian ini dengan rasa sabar dan redha.. Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, ku mohon padaMu, berilah kesembuhan kepada insan-insan yang amat kusayangi ini dan panjangkanlah umur mereka yakni umur yang penuh berkat daripadaMu, berkatilah dan rahmatilah kehidupan ibu dan bapaku didunia dan akhirat.. Berilah kebahagiaan dan kasih sayangMu pada mereka dan jadikanlah diriku anak yang benar-benar solehah buat mereka berdua.



Ya Allah..
Sesungguhnya..aku dalam keadaan sedih..
Hilangkan la perasaan ini...andai sia-sia sahaja bagiMu...
Mungkin bagi si dia..ini hari bahagia..
Selamat Hari Lahir hamba Allah..yang namanya masih berada di dalam hati ini..


Ya Allah..
Panjangkan la usia hamba Mu itu..
Semoga dia sentiasa berada dalam kasih sayang dan rahmat Mu..
Limpahkan rezeki kepadanya..
Semoga dia akan sentiasa sihat sejahtera di samping mereka yang tersayang..
Ya Allah...
ku berdoa kepada Mu..
berikan la dia kebahagian yang berpanjangan bersama jodohnya..
Sesungguhnya..hati ku sedih tidak dapat memiliki Cinta nya...tapi...Engkau Maha Mengetahui segalanya..
Maha Mengetahui yang mana baik atau buruk untuk hambaMu..
Rindu yang lahir dari hati ku...Sesungguhnya..rindu seorang insan yang lemah..







Thursday, 17 November 2011

Istikharah Cinta

...Hanya Allah..

Bersaksi Cinta..Diatas Cinta..
Dalam Alunan Tasbih ku ini..
Menerka Hati yang Tersembunyi..
Berteman dimalam sunyi penuh Do'a..

Sebut nama Mu terukir merdu..
Tertulis dalam sajadah Cinta..
Tetapkan pilihan sebagai teman..
Kekal abadi hingga Akhir zaman..

Istikharah Cinta Memanggilku..
Memohon petunjuk Mu..
Satu nama teman setia..
Naluriku berkata..

Dipenantian luahan rasa..
Teguh satu pilihan..
Pemenuh separuh nafasku..
Dalam Mahabbah Rindu..
DiIstikharah Cinta....
 (Lirik lagu : Istikharah Cinta)

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. 

Menyintai..Tidak Bermakna...Memiliki..



..Bismillahhirrahmanirrahim..

Seseorang insan..memang tak dapat lari dari fitrah manusia..
Sifat dalam mengenal erti cinta...
Cinta..Memang besar maknanya..
tetapi..Cinta kepada Allah..mmg tiada tandingannya,..
Menyintai seseorang itu..tidak perlulah bangga dengan perasaan yang dilahirkan..
Tak perlu lah bangga dengan kehadiran cinta yang sementara..
Kerana..hakikatnya...kita tidak memiliki sesiapa pun..
Sesungguhnya...mencintai tak semestinya memiliki....

Insan di dunia ini..memang pandai berpura..
berlakon di dunia sementara..
Sentiasa menafikan sesuatu perkara,..
Tetapi..hati..
Tak pernah berpura-pura tentang perasaan...

Kata-kata cinta dan sayang yang diluahkan..
tidak semestinya sama seperti perasaan yang kita rasa..
Kadang-kadang...
hidup ini terpaksa menipu..untuk membahagiakan pihak lain..
Tetapi...empunya hati...tidak pernah berniat untuk menyintai...
Hanya berselindung dalam sejuta alasan..
Sesungguhnya..menyintai tidak semestinya memiliki....

Mengertilah...
Kita sebenarnya...telah dimiliki..
Milik Yang Maha Esa..
Tiada siapa yang berhak memiliki kita sepenuhnya..
Kecuali Dia...

Dia yang mengasihani hambaNya..
Dia memiliki hambaNya,,
dan kepadaNya..kita akan kembali..
 Sesungguhnya..Allah yang Maha Satu..





 












..SomeOne..=)

 
Alhamdulillah
Ya Allah..
sesunguhhnya,..aku manusia yg lemah..
sentiasa salah dalam setiap perkara..
Aku memohon..kuatkan hatiku..
dan memohon keampunan dari Mu..

Ya Allah..
Kepada Mu kami mengadu..sesungguh nya...
Engkau pendengar yang setia untuk mendengar luahan hati dari hamba-hamba Mu..

Ya Allah..
aku bersyukur..Engkau menemukan diri ku ini..
dengan insan yang mengajar aku erti cinta..
cinta yang sementara..dan menghargai apa yang ada dengan seadanya..
Walaupun..diriku ini..tiada jodoh yg berpanjangan dengan dirinya..
aku bersyukur,,..mungkin,,akan ada yang terbaik lagi untuk dirinya...bersyukur..kerana..diriku tak sempurna..
dan..aku mengharap dia akan bahagia dengan pilihan nya,..
dan mungkin ada yg lebih baik menunggu ku..

Ya Allah..
aku serahkan segala-galanya kepada Mu..
memohon kepada Mu..agar ditemukan..
dengan jodoh yang baik2 sahaja..
mudah-mudahan..insan yang Engkau jodohkan dengan diriku ini sentiasa untuk mencintaiMu..
agar dapat membimbing diriku ke arah jalan Mu..

..Allah yang Maha Segala-galanya..


Panggilan Gembira

Balik keje pukul 5..penat nya rasa..
hari-hari banyak keje..
tapi..tak baik betul merungut...
haiya..teruk tul perangai..
balik keje...solat..n then..tido..wah..mmg best..
dapur dah 3 hari tak berasap nie...barang tak ada..
teruk la kalau dah kawin still macam nie..hihihihi..
InsyaAllah...mudah-mudahan time dah kawin nanti..
tak jadi masalah macam nie...
erm...al-kisah..
tgh best2 tido...dapat panggilan dari my mom...
mak nak beritahu..ayah pergi cek kesihatan..
kaki ayah dah sihat sepenuhnya dari masalah 'gaot'..
mcm tue kot ejaan dia..hihihi..
and..masalah kencing manis ayah pun dah okey..
syukur alhamdulillah..ayah dah sihat..
sume berkat dari usaha dari ayah..
dengan minum produk Dr.Rozmey..
dan yg paling penting..Syukur kepada Allah..atas keizinanNya.
dengan memberi ayah sihat semula..Alhamdulillah...
syukur sgt2..Alhamdulillah..
=)

Saturday, 22 October 2011

....Alhamdulillah....

..ALHAMDULILLAH..
Syukur sgt2..
Minggu yang memenatkan dah berakhir…
Bz betul rasanya minggu nie,..
Erm…sekarang masa untuk bercuti..dengan keluarga tersayang,..

Cuti 5 hari nie..akan di hargai dengan sebaik2 nya…huhu.
Suka nya rasa…tapi..setakat 5  hari..sekarang nie..
Pejam celik…pejam celik..dah kena bekerja semula..
Erm..ape2 pun…hargai la juga..dari cuti yang sekejap saja..
Hehehehehe..
Erm…arini..dapat la jumpa ayah..yang dah semakin sihat..
Selepas mencuba produk Dr.rozmey…
Kenapa la dari dulu lagi tak cuba produk nie…
Kalau tak..tak ada la…ayah sakit lama-lama…
Wahh….x sabar nak jumpa family..nak kul 1 dah nie…daaaa..
=)

Saturday, 8 October 2011

..Wanita..




Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.