Saturday, 19 November 2011

Bukan Semudah ABC


Dalam melangkah, terkadang terasa lemah kaki yang diatur. Terasa letih tubuh yang menanggung. Namun, langkah harus diteruskan demi sebuah perjuangan. Ya, kerana agama dan redha Allah, hati dan kaki ini terus jalan seiring menyusuri denai dakwah. Entah kan bila harus terus berjalan. Yang pastinya perjuangan ini tidak akan dan tidak pernah selesai. Selagi nyawa dipinjamkan, selagi itulah tugas dakwah ini terpikul kemas di bahu seorang yang bergelar muslim.
"Aku bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"
Kalimah yang biasa dilontarkan sama ada orang yg melafazkannya memahaminya atau tidak. Setiap kali solat, inilah bai'ah kita kepada Allah. Namun, sejauh mana bai'ah ini membuatkan kita benar-benar teguh berusaha untuk mengotakannya. Syahadatain bukan sekadar tunggu untuk dilafaz, tetapi untuk diterjemahkan dalam amalan kita. Ya, apakah kita mengekspresikannya melalui tindak tanduk kita seharian? Tepuk dada sendiri, tanya iman di hati.
Keluhan dan rungutan dalam melakukan kerja-kerja Islam tidak seharusnya terpacul dari mulut kita. Sepatutnya kita malu untuk berkira setelah segala nikmat Allah limpah ruahkan kepada kita tanpa meminta kita membayarnya walau sebesar zarah sekalipun.
Tanyakan pada diri, "letihkah kau bekerja dalam islam? Bosankah kau untuk berjuang?"
Ya, setiap apa yg kita lakukan sama ada kecil atau besar perlukan kesabaran. Kerana jika tanpa sabar dalam memenuhinya, datanglah rasa jemu memagut hati supaya meninggalkan kerja-kerja untuk islam ini. Bukankah Allah sudah awal-awal lagi menitipkan kepada kita melalui pesan Luqman kepada anaknya dalam surah Luqman:ayat 17
Maksudnya: "wahai anakku, laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting."
Apabila memerlukan kesabaran, tentulah perkara itu sukar dan akan menghadapi cabaran. Tiada perjuangan yang manis dari awal hingga akhir. Tiada pengorbanan yang dirasakan ringan. Kerana perjuangan itu bukan semudah ABC. Jika disusuri sirah di mana jalan dakwah yang baginda lalui juga bukanlah ditaburi dengan bunga-bunga kesenangan.
Tetapi baginda setiap hari ditohmah dan dihina  kaum Quraisy yang menentang wasilah agama yang dibawa oleh baginda. Bayangkan seorang nabi dilempar dengan najis. Namun, baginda tetap sabar dan tidak marah kerana diperlakukan demikian. Untuk tawar hati dengan mad'u, jauh sekali.
Tapi kita hari ini tidak pernah dijentik sekalipun dalam berdakwah, tapi sudah berputus asa. Apalah sangat dugaan kita berbanding Rasulullah, kekasih Allah. Sebaliknya kita mencontohi Rasulullah akan keperibadian baginda yang mulia. Itulah cabaran pejuang.
Apabila kita sudah tahu perjuangan itu sukar, persiapkanlah diri. Ibadah. Thaqafah. Dan yang lain-lainnya juga. Biar kita payah, asalkan perjuangan terus didakap kemas. Kerana perjuangan itu bukan semudah ABC, lalu menjadi kewajipan untuk kita bersiap sedia dari segenap segi. Ayuh kita buru syahid di jalan Allah. Bukannya melarikan diri kerana gentar dan lebih rela digelar pengecut. Ayuh. Kembalikan kegemilangan islam. Allahu Akhbar!
Assalamualaikum...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Saat dan ketika ini, diri benar-benar sedang diuji tentang makna sebenar ketabahan dan kesabaran.. Berdepan dengan keadaan dan realiti sebenar , yang hakikatnya amat pahit untuk dilalui.. Benar datangnya dari hati, aku sebenarnya amat takut jika kehilangan orang-orang yang amat aku sayang.. Daku mohon kekuatan dariMu Ya Allah agar aku bisa menempuhi ujian ini dengan rasa sabar dan redha.. Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, ku mohon padaMu, berilah kesembuhan kepada insan-insan yang amat kusayangi ini dan panjangkanlah umur mereka yakni umur yang penuh berkat daripadaMu, berkatilah dan rahmatilah kehidupan ibu dan bapaku didunia dan akhirat.. Berilah kebahagiaan dan kasih sayangMu pada mereka dan jadikanlah diriku anak yang benar-benar solehah buat mereka berdua.



Ya Allah..
Sesungguhnya..aku dalam keadaan sedih..
Hilangkan la perasaan ini...andai sia-sia sahaja bagiMu...
Mungkin bagi si dia..ini hari bahagia..
Selamat Hari Lahir hamba Allah..yang namanya masih berada di dalam hati ini..


Ya Allah..
Panjangkan la usia hamba Mu itu..
Semoga dia sentiasa berada dalam kasih sayang dan rahmat Mu..
Limpahkan rezeki kepadanya..
Semoga dia akan sentiasa sihat sejahtera di samping mereka yang tersayang..
Ya Allah...
ku berdoa kepada Mu..
berikan la dia kebahagian yang berpanjangan bersama jodohnya..
Sesungguhnya..hati ku sedih tidak dapat memiliki Cinta nya...tapi...Engkau Maha Mengetahui segalanya..
Maha Mengetahui yang mana baik atau buruk untuk hambaMu..
Rindu yang lahir dari hati ku...Sesungguhnya..rindu seorang insan yang lemah..







Thursday, 17 November 2011

Istikharah Cinta

...Hanya Allah..

Bersaksi Cinta..Diatas Cinta..
Dalam Alunan Tasbih ku ini..
Menerka Hati yang Tersembunyi..
Berteman dimalam sunyi penuh Do'a..

Sebut nama Mu terukir merdu..
Tertulis dalam sajadah Cinta..
Tetapkan pilihan sebagai teman..
Kekal abadi hingga Akhir zaman..

Istikharah Cinta Memanggilku..
Memohon petunjuk Mu..
Satu nama teman setia..
Naluriku berkata..

Dipenantian luahan rasa..
Teguh satu pilihan..
Pemenuh separuh nafasku..
Dalam Mahabbah Rindu..
DiIstikharah Cinta....
 (Lirik lagu : Istikharah Cinta)

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. 

Menyintai..Tidak Bermakna...Memiliki..



..Bismillahhirrahmanirrahim..

Seseorang insan..memang tak dapat lari dari fitrah manusia..
Sifat dalam mengenal erti cinta...
Cinta..Memang besar maknanya..
tetapi..Cinta kepada Allah..mmg tiada tandingannya,..
Menyintai seseorang itu..tidak perlulah bangga dengan perasaan yang dilahirkan..
Tak perlu lah bangga dengan kehadiran cinta yang sementara..
Kerana..hakikatnya...kita tidak memiliki sesiapa pun..
Sesungguhnya...mencintai tak semestinya memiliki....

Insan di dunia ini..memang pandai berpura..
berlakon di dunia sementara..
Sentiasa menafikan sesuatu perkara,..
Tetapi..hati..
Tak pernah berpura-pura tentang perasaan...

Kata-kata cinta dan sayang yang diluahkan..
tidak semestinya sama seperti perasaan yang kita rasa..
Kadang-kadang...
hidup ini terpaksa menipu..untuk membahagiakan pihak lain..
Tetapi...empunya hati...tidak pernah berniat untuk menyintai...
Hanya berselindung dalam sejuta alasan..
Sesungguhnya..menyintai tidak semestinya memiliki....

Mengertilah...
Kita sebenarnya...telah dimiliki..
Milik Yang Maha Esa..
Tiada siapa yang berhak memiliki kita sepenuhnya..
Kecuali Dia...

Dia yang mengasihani hambaNya..
Dia memiliki hambaNya,,
dan kepadaNya..kita akan kembali..
 Sesungguhnya..Allah yang Maha Satu..





 












..SomeOne..=)

 
Alhamdulillah
Ya Allah..
sesunguhhnya,..aku manusia yg lemah..
sentiasa salah dalam setiap perkara..
Aku memohon..kuatkan hatiku..
dan memohon keampunan dari Mu..

Ya Allah..
Kepada Mu kami mengadu..sesungguh nya...
Engkau pendengar yang setia untuk mendengar luahan hati dari hamba-hamba Mu..

Ya Allah..
aku bersyukur..Engkau menemukan diri ku ini..
dengan insan yang mengajar aku erti cinta..
cinta yang sementara..dan menghargai apa yang ada dengan seadanya..
Walaupun..diriku ini..tiada jodoh yg berpanjangan dengan dirinya..
aku bersyukur,,..mungkin,,akan ada yang terbaik lagi untuk dirinya...bersyukur..kerana..diriku tak sempurna..
dan..aku mengharap dia akan bahagia dengan pilihan nya,..
dan mungkin ada yg lebih baik menunggu ku..

Ya Allah..
aku serahkan segala-galanya kepada Mu..
memohon kepada Mu..agar ditemukan..
dengan jodoh yang baik2 sahaja..
mudah-mudahan..insan yang Engkau jodohkan dengan diriku ini sentiasa untuk mencintaiMu..
agar dapat membimbing diriku ke arah jalan Mu..

..Allah yang Maha Segala-galanya..


Panggilan Gembira

Balik keje pukul 5..penat nya rasa..
hari-hari banyak keje..
tapi..tak baik betul merungut...
haiya..teruk tul perangai..
balik keje...solat..n then..tido..wah..mmg best..
dapur dah 3 hari tak berasap nie...barang tak ada..
teruk la kalau dah kawin still macam nie..hihihihi..
InsyaAllah...mudah-mudahan time dah kawin nanti..
tak jadi masalah macam nie...
erm...al-kisah..
tgh best2 tido...dapat panggilan dari my mom...
mak nak beritahu..ayah pergi cek kesihatan..
kaki ayah dah sihat sepenuhnya dari masalah 'gaot'..
mcm tue kot ejaan dia..hihihi..
and..masalah kencing manis ayah pun dah okey..
syukur alhamdulillah..ayah dah sihat..
sume berkat dari usaha dari ayah..
dengan minum produk Dr.Rozmey..
dan yg paling penting..Syukur kepada Allah..atas keizinanNya.
dengan memberi ayah sihat semula..Alhamdulillah...
syukur sgt2..Alhamdulillah..
=)

Saturday, 22 October 2011

....Alhamdulillah....

..ALHAMDULILLAH..
Syukur sgt2..
Minggu yang memenatkan dah berakhir…
Bz betul rasanya minggu nie,..
Erm…sekarang masa untuk bercuti..dengan keluarga tersayang,..

Cuti 5 hari nie..akan di hargai dengan sebaik2 nya…huhu.
Suka nya rasa…tapi..setakat 5  hari..sekarang nie..
Pejam celik…pejam celik..dah kena bekerja semula..
Erm..ape2 pun…hargai la juga..dari cuti yang sekejap saja..
Hehehehehe..
Erm…arini..dapat la jumpa ayah..yang dah semakin sihat..
Selepas mencuba produk Dr.rozmey…
Kenapa la dari dulu lagi tak cuba produk nie…
Kalau tak..tak ada la…ayah sakit lama-lama…
Wahh….x sabar nak jumpa family..nak kul 1 dah nie…daaaa..
=)