Saturday, 8 October 2011

..KELAHIRAN..

..ALHAMDULILLAH..

Hari ini…8 Oktober 2011
Genap 23 tahun aku hidup di dunia ini..
Terima Kasih Ya Allah…
Kerana aku diberi peluang untuk menjalani kehidupan di dunia sementara ini..
Dunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan dari Mu..
Dunia yang penuh dengan janji-janji untuk sementara..
Hanya janji-janji Allah sahaja yang benar..
Yakni…Benar, indah…dan kekal selamanya..
Aku mengetahui semua itu..tapi…
Kenapa tak nak kejar Keindahan yang Allah Janjikan..
Aku mahu jadi yang hamba yang mengikut perintah Nya..
Ya Allah..terima kasih panjangkan umur ku…
Aku masih belum puas untuk hidup di dunia ini…
Belum puas!!...kerana..masih banyak hutang, untuk diri ini bayar kepada ibubapa ku..
Pengorbanan yang tidak mungkin akan terbalas sepanjang menjaga diri ku ini…
Jasa yang sgt Besar..serta hadiah Yang tak ternilai..
Yang Engkau kurniakan kepada kami Ya Allah..
Serta…masih banyak amalan kebaikan ke jalanMu tidak aku tunaikan..
Amalan-amalan ku untuk dibawa bersama…masih tidak mencukupi..

Syukur Ya Allah,,..aku dilahirkan dalam keluarga ini..
Keluarga yang penuh dengan Kasih Sayang..
Tetapi…tidak tertanding dengan Kasih Sayang Mu..
Ya Allah…Engkau la yang Maha Besar,
Maha Pencipta Sekalian Mahkluk di muka bumi ini..
Hanya Engkau yang Satu…
Aku memohon keampunan dari Mu Ya Allah..sebagai hambaMu yang hina ini..
Aku akan cuba untuk memperbaiki diri yang lemah ini..

Terima Kasih Ya Allah…
..Amin..

No comments:

Post a Comment